Page 4 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 4
KATA PENGANTAR
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah SWT yang sentiasa menerima
dan memperkenankan doa para hamba-Nya. Selawat dan salam ke
atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta
pengikut mereka semua sehingga ke Hari Kiamat.
Sistem zakat dan filantropi amnya telah berkembang pesat di
seluruh dunia. Di Malaysia khasnya, sistem zakat ini semakin
diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan
jaminan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang
besar, maka ia perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan
pertumbuhan ekonomi dan kewangan Islam negara. Bidang zakat
serta kehartaan umat Islam sangat penting untuk dibincangkan oleh
para akademik dan badan pelaksana sebagai satu platform terbaik
untuk meletakkan bidang pengurusan harta Islam sejajar dengan
bidang-bidang lain yang sedang bergerak maju ke hadapan. Usaha
melestari sistem ekonomi Islam khususnya filantropi seperti zakat
sangat penting dalam meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi umat
Islam.
Terdapat pelbagai isu kontemporari khasnya tentang zakat dalam
aspek fiqh, pengurusan, dakwah, pendidikan, perundangan, dan
sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta
pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi
tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada
masyarakat. Kesemua konsep yang diutarakan melalui buku ini
harus mampu untuk diketengahkan dalam aliran arus perdana
supaya berupaya untuk mendepani arus globalisasi ekonomi dunia
yang semakin mencabar, apatah lagi menjalani situasi ekonomi
pasca pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya masyarakat Islam
untuk didik dengan kebertanggungjawaban sosial dengan
memperkasa budaya memberi dalam kehidupan, bukan mengejar
3