Page 21 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 21
Kit Ramadan dan Syawal
Kit Ramadan dan Syawal
MAQASID PUASA
Puasa adalah proses bukan matlamat. Ia adalah elemen bagi melahirkan mereka yang
bertakwa menerusi tarbiyah berpuasa dan beramal ibadat selama sebulan. Mencapai
takwa adalah harapan yang tinggi datangnya dari Allah. Maka, sewajarnya setiap hamba
merasakan misi memburu takwa di bulan Ramadan adalah sesuatu yang bersifat suci
dan maha tinggi.
Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyifatkan orang yang hanya baik dan taat di
bulan Ramadan adalah hamba Ramadan bukan hamba sebenar al-Rahman.
Puasa adalah wasilah (jalan) dan bukan ghayah (tujuan). Perkara ini mesti
difahami terlebih dahulu agar matlamat puasa itu mencapai hasratnya yang
sebenar.
19