Page 72 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 72
t
Ramadan dan Syawal
Kit
Kit Ramadan dan Syawal
Solat witir dilakukan sekali sahaja pada satu malam. Ini bermaksud, jika dilakukan sebelum tidur
ataupun selepas solat tarawih, maka tidak perlu mengulanginya sekali lagi. Sabda Rasulullah SAW:
ِ
ٍ
ِ
ِ
ل
ةَـيَ ل في نارـتو لا
َ
ْ
ْ ْ
َ
“Tiada dua solat witir (dikerjakan) dalam satu malam.”
(Hadis riwayat Nasaie dan Tirmizi)
5. Berdoa
Ketika berqiamullail, dianjurkan kepada kita untuk memilih waktu yang sesuai untuk berdoa.
Antara waktu yang paling sesuai untuk berdoa adalah sewaktu sujud ketika sedang solat dan
sebelum memberi salam. Nabi SAW bersabda:
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
ْ َ ٌ
ُ
ُ
َ
ُ
ْ
َْ
َ َ َ َّ ْ
َ َ ُ َ
ُ
َ ءاعُّ دلا اورثكَ أف دجاس وهو هبر نم دبعْ لا نوُ كي ام برـقَأ
Ertinya: “Keadaan paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia dalam keadaan
sujud, maka perbanyakkanlah doa.”
(riwayat Muslim)
Namun, kita bebas berdoa di luar solat dengan doa yang umum atau khusus di samping menjaga
adab berdoa.
70