Page 20 - Booklet Digital Pengiraan Zakat 2023
P. 20

ZAKAT & CUKAI







     i.  Rebat Atas Cukai Pendapatan Individu
       Berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A                        Example 2
       (3) semua pembayaran zakat (termasuk qadha zakat)
       boleh ditolak dari Cukai Pendapatan Individu yang     PCB patut dipotong                    RM50.00
       dibayar pada tahun asas bagi tahun taksiran dengan    Zakat bulanan                     - (RM70.00)
       dibuktikan resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa   PCB selepas zakat                      Tiada
       agama yang ditubuhkan oleh undang-undang.

                                                            ii. Potongan Cukai Korporat
                          Contoh
                                                              Potongan Cukai ke atas Zakat Perniagaan yang
      Cukai patut dibayar                 RM1,000.00          dibayar oleh Syarikat, Koperasi dan Badan Amanah
      Zakat pendapatan     RM500.00                           tertakluk  kepada  had  maksimum 2.5%  daripada
      Zakat simpanan       RM300.00    -  (RM800.00)          Pendapatan Agregat.
      Baki cukai                           RM200.00         iii. Rebat Cukai Korporat Labuan

     Nota 8:  LHDN hanya membenarkan tolakan (rebat) dari cukai pendapatan   Rebat Cukai ke atas pembayaran Zakat bagi
           perseorangan apabila pembayaran zakat dibuat kepada organisasi zakat.  Syarikat Luar Pesisir Labuan tertakluk kepada had
                                                               maksimum 3% daripada keuntungan bersih.
     Hubungan  Potongan  Cukai  Bulanan  (PCB)  Dengan
     Potongan Zakat Bulanan (PZB)
     Majikan  boleh  meremitkan   sebahagian  mahupun
     keseluruhan  PCB  kepada  Pusat  Pungutan  Zakat-MAIWP
     seperti mana ditentukan oleh pembayar zakat. Pelarasan
     boleh dibuat oleh majikan dengan mengambilkira jumlah
     zakat bulanan dan mengurangkan PCB sesuatu bulan.


                        Contoh 1
     PCB patut dipotong                   RM100.00
     Zakat bulanan                     - (RM70.00)
     PCB selepas zakat                     RM30.00
















   18                                                                                                      19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25