Page 5 - PowerPoint Presentation
P. 5
P E N G E R T I A N A U R A T
Aurat (Bahasa Arab: ةروع) merupakan istilah Islam yang
melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan,
samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau
dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan
yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang
bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke
atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan.
Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil
daripada Al-Quran dan Hadis.
D A L I L A L – Q U R A N
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)
D A L I L H A D I S
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya
kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya,
maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada
sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya
apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
5