Page 2 - PowerPoint Presentation
P. 2
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
Segala puji bagi Allah SWT , dari-Nya kita memohon pertolongan
dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan.
Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka
tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang
selayaknya disembah dan Nabi Muhammad saw itu adalah
pesuruh-Nya.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT ucapan selawat dan
salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarga
dan para sahabat baginda, serta siapa saja yang menyerukan
dakwahnya hingga hari kiamat.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan
kurniaan-Nya kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberi
dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang
telah membantu kami dalam mengumpul bahan-bahan dan
maklumat untuk dijadikan teras penulisan kami. Seterusnya, tidak
lupa juga kepada pensyarah kami, Ustaz Mohd Sabri bin Alias yang
banyak memberi dorongan, sokongan dan tunjuk ajar agar tugasan
ini dapat disiapkan dengan baik.
Untuk menyiapkan tugasan ini, kami perlu menghasilkan sebuah
karya E-Majalah berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah.
Skop penulisan kami berkisahkan tentang sebuah isu yang tidak
janggal lagi dalam kalangan masyarakat iaitu “Aurat vs Fesyen.”
Semoga ilmu dan pengetahuan yang akan dikongsikan ini dapat
memberi manfaat kepada pembaca, sekian.