Page 8 - PowerPoint Presentation
P. 8

K E S I M P U L A N
















                       “Aurat vs Fesyen telah menjadi perkara yang biasa dalam
                       hidup seharian masyarakat pada masa kini. Seperti yang
                       kita dapat lihat, masyarakat tidak lagi mengambil berat
                       tentang menutup aurat dengan sempurna dan tata-tertib
                       untuk perpakaian juga berhias tidak lagi dilakukan dengan
                       betul seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah
                       SWT.


                       Kita hendaklah mengambil langkah untuk memastikan diri
                       kita sentiasa mendapat keredhaan-Nya dengan mengikuti
                       segala perintah-Nya. Sebagaimana Allah SWT berfirman
                       yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami
                       telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan

                       untuk perhiasan bagimu tetapi takwa itulah yang lebih baik.
                       Demikianlah sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah,
                       mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (QS Al-A’raf:26).
                       Oleh itu, kita hendaklah menjaga cara-cara pemakaian
                       untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat, untuk
                       menjaga kehormatan diri kita dan juga untuk menjaga
                       nama baik agama kita. Kita juga hendaklah
                       memperbetulkan prinsip dan juga niat kita menutup aurat
                       hanya kerana Allah serta menunaikan tanggungjawab
                       sebagai hamba-Nya.



                       Islam juga memberitahu kepada umatnya untuk selalu
                       tampil rapi (menutup aurat) dan bersih dalam kehidupan
                       seharian kerana Rasulullah saw bersabda “Kebersihan
                       merupakan sebahagian daripada iman.” Daripada ayat
                       tersebut, kita dapat tahu, fesyen dalam berpakaian tidak
                       memainkan peranan yang penting kerana bersederhana
                       adalah lebih baik daripada melanggar perintah-Nya.








                                                                                                  8
   3   4   5   6   7   8   9