Page 2 - BUKU PROGRAM MAKKH 2021
P. 2

Terima kasih pengerusi majlis,

       Yang Berbahagia Tuan Haji Hamzah bin Wahid, pengetua SMK Tawau II merangkap perasmi majlis kita pada hari ini,
       Yang Berusaha Pn. Rasidah Binti Haji Abdul Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Juipri Bin Mahasim Penolong
       Kanan HEM, En. Norahim Bin Alison Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Siti Aisah Binti Muhd Kudi Penolong Kanan
       Petang, Pn Sarinah Binti Zakaria, Pembantu Penolong Kanan Petang.
       Yang saya hormati barisan ketua-ketua bidang, rakan-rakan guru serta para penerima anugerah yang saya kasihi.

       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
       Salam Sejahtera dan Salam Harmoni Gemilang.

       Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya
       kerana segala perancangan dan usaha yang jitu daripada semua rakan-rakan guru, maka Majlis Anugerah
       Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid bagi tahun 2021 dapat diterjemahkan pada hari ini.
       Pada kesempatan yang diberikan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih kepada kepada
       semua yang hadir pada pagi ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbiran sekolah dan semua ahli
       jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hem kali ini atas komitmen dan kerjasama yang telah
       diberikan.

       Hadirin yang dihormati sekalian,

       Sesungguhnya program yang dijalankan pada hari ini adalah merupakan program yang saban tahun diadakan bagi
       setiap sekolah untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
       kokurikulum, kepimpinan, dan pembentukan sahsiah diri. Pengiktirafan ini sangat perlu bagi memberi suntikan
       semangat khususnya kepada penerima anugerah pada hari ini dan amnya kepada semua murid agar terus melakar
       kecemerlangan walaupun menghadapi suasana kehidupan norma baharu akibat Covid 19. Anugerah dan hadiah yang
       digenggam pada hari ini menunjukkan anda semua murid yang hebat kerana walaupun pelbagai aktiviti dijalankan
       secara maya tetapi masih mampu menunjukkan kecemerlangan dan potensi diri masing-masing. Saya amat menyakini
       atas kesungguhan dan komitmen yang tinggi mampu meletakkan anda menjadi insan yang cemerlang dan seimbang
       dari segi jasmani, emosi, rohani dan sahsiah diri.

       Hadirin yang dikasihi,

       Akhir sekali, saya ingin merakamkan terima kasih sekali lagi atas kepercayaan mengemudi Majlis Anugerah
       Kokurikulum dan Hem pada tahun ini. Kepada ahli jawatankuasa pengelola, syabas dan tahniah atas kesepakatan dan
       kesatuan yang ditunjukkan. Anak-anak yang akan dianugerahkan sebentar lagi, saya mengucapkan syabas dan tahniah
       atas kejayaan anda. Harapan saya, kekalkan dan tingkatkan momentum ada dalam memburu cita-cita masing-masing.
       Ketahuilah sesungguhnya tiada kejayaan dikecapi tanpa usaha yang berterusan.

       Sekian terima kasih.

       USMAN BIN HAMID
       Pengarah,
       Majlis Anugerah Kecemerlangan
       Kokurikulum dan HEM 2021
   1   2   3   4   5   6   7