Page 2 - E-modul Get Logik berbantukan Augmented Reality
        P. 2
     PENGENALAN
             Modul  pembelajaran  Get  Logik  berbantukan  Augmented  Reality  ini
             disediakan bagi membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih
             efektif dan berkesan. Modul ini memberi tumpuan tentang pengenalan asas
             jenis-jenis  get  logik,  pembinaan  jadual  kebenaran  dan  ungkapan  Boolean
             berdasarkan litar gabungan get logik. Modul ini dibangunkan bersama-sama
             dengan  satu  aplikasi  pembelajaran  iaitu  Aplikasi  Pembelajaran  Get  Logik
             berbantukan        Augmented         Reality     bagi     membantu         pelajar     dapat
             mengukuhkan  lagi  pemahaman  mereka  terhadap  topik  ini  dan  seterusnya
             dapat memenuhi objektif dalam projek yang dirancang.
             Semoga modul yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin
             dalam  mengukuhkan  pengetahuan  dan  pemahaman  pelajar  dalam  topik
             Get Logik. Sehubungan itu, diharapkan modul pembelajaran ini akan menjadi
             motivasi  kepada  pelajar  dan  sekaligus  dapat  melahirkan  pelajar  yang
             berkualiti di era perindustrian 4.0.
     	
