Page 8 - E-modul Get Logik berbantukan Augmented Reality
P. 8
Litar Bersepadu
Get logik ini adalah blok binaan asas dalam IC digital (litar bersepadu).
Dalam sesetengah litar elektronik, beberapa get logik digunakan manakala
terdapat hampir berjuta-juta get logik dalam mikropemproses.
Rajah menunjukkan litar bersepadu berserta gambar rajah skematik
Litar bersepadu adalah satu litar elektronik yang terdiri daripada gabungan
komponen elektronik seperti transistor, perintang dan kapasitor bagi
melaksanakan pelbagai fungsi get logik.
Get logik boleh disambungkan di dalam litar bersepadu untuk mencipta
pemasa (timers), kaunter (counters), selak (latches), daftar shift (shift
registers) dan litar logik asas yang lain.
Litar bersepadu digunakan secara meluas dalam pelbagai alat dan peranti
elektronikk.
Secara umumnya, litar bersepadu dikenali sebagai mikrocip.
2