Page 2 - C:\Users\shukr\Documents\Flip PDF Professional\BAB 1 PENGENALAN EKONOMI 2024 1\
P. 2

BAB 1 | PENGENALAN KEPADA EKONOMI



              1.1    KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS


             MAKSUD EKONOMI

              Satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang

              terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

             UNIT EKONOMI

                                Seorang individu, sebuah keluarga atau sekumpulan individu yang tinggal bersama
              ISI RUMAH
                                dan membuat keputusan ekonomi bersama-sama


                                Sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor
              FIRMA
                                pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

                                1.  Sebuah  badan  organisasi  yang  mempunyai  kuasa  untuk  membuat  dan

              KERAJAAN              menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.
                                2.  Pihak yang memerintah sesebuah negara.



             KONSEP KEKURANGAN,PILIHAN DAN KOS LEPAS


                                               Keinginan  manusia  yang   jauh  melebihi  apa   yang  dapat dihasilkan
                   Kekurangan                  dalam ekonomi dengan sumber yang terhad.


                                               Melibatkan  pembuatan  keputusan  tentang  kehendak  yang perlu
                   Pilihan                     dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan.




                                               Pulangan yang mungkin daripada barang-barang atau perkhidmatan kedua
                   Kos Lepas                   terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan sesuatu
                                               barangan.











             DISEDIAKAN CIKGU MOHAMAD SHUKRI AB RAHMAN
                                                                                                                 2
   1   2   3   4   5   6   7