Page 3 - BUKU PENGURUSAN PPKI SMKBP 2020
P. 3
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Pengetua Cikgu Yahaya Bin Mohd Noor
Assalamualaikum warahmatullah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan segala rahmat, kurnia dan izin-
Nya, kita dapat meneruskan lagi tanggungjawab yang diamanahkan ke atas
kita sebagai pendidik kepada bunga-bunga syurga ini.
Syabas dan tahniah kepada guru-guru PKI kerana berjaya menyiapkan buku
Pengurusan PPKI. Buku ini diharapkan menjadi rujukan dan garis panduan
kepada warga PPKI bagi melaksanakan tugas masing-masing dengan
cemerlang.
Sistem Pendidikan Negara sedang mengalami perubahan pesat seiring
dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dan saya amat
berharap agar semua guru sama ada di aliran perdana dan PKI bersama-
sama mendukung cita-cita dan aspirasi bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Kita harus melihat tugas dan tanggungjawab kita sebagai
satu ibadah kerana keikhlasan terpapar dalam setiap mutu kerja yang
dihasilkan samada kita sedar atau tidak lebih-lebih lagi dalam mendidik
bunga-bunga syurga ini.
Marilah kita bersama-sama menyebarkan sikap positif dalam kalangan guru-
guru dan anak didik supaya minda positif dapat dibentuk di sekolah dan akan
menjadi budaya bangsa kita.
In Sya Allah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam,
Cikgu Yahaya Bin Mohd Noor
Pengetua
i