Page 3 - BUKU PENGURUSAN PPKI SMKBP 2020
P. 3

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG





                        Pengetua Cikgu Yahaya Bin Mohd Noor

                        Assalamualaikum warahmatullah

                        Alhamdulillah,  syukur  ke  hadrat Ilahi,  dengan  segala  rahmat,  kurnia  dan  izin-
                        Nya, kita dapat meneruskan lagi tanggungjawab yang diamanahkan ke atas
                        kita sebagai pendidik kepada bunga-bunga syurga ini.

                        Syabas dan tahniah kepada guru-guru PKI kerana berjaya menyiapkan buku
                        Pengurusan  PPKI.  Buku  ini  diharapkan  menjadi  rujukan  dan  garis  panduan
                        kepada  warga  PPKI  bagi  melaksanakan  tugas  masing-masing  dengan
                        cemerlang.

                        Sistem  Pendidikan  Negara  sedang  mengalami  perubahan  pesat  seiring
                        dengan  Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan  2013-2025  dan  saya  amat
                        berharap  agar  semua  guru  sama  ada  di  aliran  perdana  dan  PKI  bersama-
                        sama  mendukung  cita-cita  dan  aspirasi  bersesuaian  dengan  Falsafah
                        Pendidikan Negara. Kita harus melihat tugas dan tanggungjawab kita sebagai
                        satu  ibadah  kerana  keikhlasan  terpapar  dalam  setiap  mutu  kerja  yang
                        dihasilkan  samada  kita  sedar  atau  tidak  lebih-lebih  lagi  dalam  mendidik
                        bunga-bunga syurga ini.

                        Marilah kita bersama-sama menyebarkan sikap positif dalam kalangan guru-
                        guru dan anak didik supaya minda positif dapat dibentuk di sekolah dan akan
                        menjadi budaya bangsa kita.

                        In Sya Allah.

                        Sekian, terima kasih.

                        Wassalam,




                        Cikgu Yahaya Bin Mohd Noor
                        Pengetua










                                                                                                             i
   1   2   3   4   5   6   7   8