Page 37 - SLDN_PERANTIS
P. 37

1                                             2

            Saudari Corina Taba, 18 tahun, merupakan salah
            seorang perantis SLDN yang mengikuti kursus Tarian
            Tradisional di Kampung Budaya Sarawak. Beliau
            mengikuti program ini sejurus tamat persekolahan
            kerana  minat  mendalam  beliau  dalam  bidang  ini.
            Beliau memilih SLDN kerana mahu mengasah bakat
            dan mempertingkatkan lagi Kemahiran sebelum
            memperturunkan warisan tradisi ini kepada generasi
            yang akan datang.

            Beliau memuji  SLDN kerana ia menekankan
            latihan amali berbanding teori dan aspek ini penting
            terutamanya buat mereka yang ingin menguasai
            setiap koreografi dan rentak persembahan. Corina
            bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke tahap
            yang lebih tinggi lagi setelah tamat latihan nanti dan
            harapan beliau agar SLDN dapat diperkembangkan
            dengan lebih luas lagi bagi memberi peluang kepada   3
            belia untuk mempertingkatkan kemahiran.





             4















             4

             1, 2, 3 & 4  Setiap perantis diberi peluang untuk menunjukkan bakat kepada pengunjung Kampung Budaya Sarawak termasuk majlis-
                     majlis rasmi bagi membina keyakinan diri ketika membuat persembahan
                                                                                                       35
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42