Page 77 - SLDN_PERANTIS
P. 77
Perantis bukan sahaja didedahkan teori penggunaan bahan, malah mereka juga diajar kaedah
penyediaan bahan-bahan yang memerlukan kemahiran khusus dengan betul
Sebelum menyertai SLDN, Puan Siti Zulaifah binti Sani telah mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang
spa yang telah beroperasi hampir 15 tahun di Segamat, Johor. Namun setelah mengetahui tentang kebaikan
SLDN, beliau mengambil keputusan menyertainya menambah ilmu dan kemahiran.
Hal ini disebabkan tenaga pengajar di La’ Joise Industries (M) Sdn. Bhd. terdiri dari mereka yang berpengalaman
luas dan ia amat berguna dalam mempertingkatkan lagi keyakinan diri. Beliau juga sedia berkongsi apa
yang telah dipelajari dan berharap agar SLDN terus berkembang dan membantu lebih ramai lagi usahawan
sepertinya.
1 2
3 4
1, 2, 3 & 4 Coach SLDN menunjukkan tatacara dan adab yang betul ketika melakukan urutan
75