Page 21 - SLDN PUSAT LATIHAN
P. 21
1
Encik Abdull Halem bin Abdul Hamid yang
berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri
merupakan seorang Panel Pembangunan Standard
(National Occupational Skills Standard - NOSS) dan
Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah dilantik
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Beliau seterusnya bergerak di bawah Pusat Latihan
Abdull Halem Consultant Services yang ditubuhkan
bagi merealisasikan seni kebudayaan untuk
diperkembangkan, diiktiraf dan dipersijilkan kepada
belia-belia di Sarawak.
Abdull Halem Consultant Services telah ditauliahkan
sebagai Pusat Latihan SLDN pada tahun 2012 dan
mula menerima kemasukan perantis yang pertama 2
pada tahun berikutnya. Pusat latihan ini banyak Perantis bidang Seni Tarian Tradisional bagi program
memberi tumpuan kepada kursus Sijil Kemahiran 1 & 2 SLDN di Abdull Halem Consultant Services sedang giat
Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam bidang Seni Tarian menjalani latihan
Tradisional dan hingga kini telah berjaya melahirkan Setiap tahun para perantis akan dibawa ke luar negara
lebih daripada 450 orang perantis. untuk mengadakan persembahan kebudayaan seperti
di Jepun, Itali, Indonesia, China dan sebagainya. Hal
ini sekaligus mengekalkan adat budaya Sarawak di
mata umum.
Kami bermula dengan pembelajaran secara tidak formal untuk mendapatkan
pengalaman dalam melaksanakan SLDN dan segala perancangan mengambil
masa hampir sepuluh tahun sebelum ia menjadi kenyataan. Perasaan teruja dan
semangat dalam membantu golongan belia pendalaman telah membuahkan hasil
apabila bilangan perantis yang telah berjaya dipersijilkan makin bertambah saban
tahun.
Sila
MASPAH BINTI BRAHIM imbas
untuk
PENGAJAR SLDN video
19