Page 3 - BaWanghitFm
P. 3

LATAR BELAKANG




                                              S T E S E N   R A D I O   B A W A N G H I T F M
                                              Ba Wang hitFm merupakan stesen radio swasta yang bersiaran dalam bahasa
                                              Melayu. Ba Wang hitFm dirasmikan secara umum pada 25 Jun 2020 dan mula
                                              beroperasi pada 27 Jun 2020. Sasaran pendengar untuk stesen radio ini adalah
                                              golongan generasi X, Y dan Z dalam lingkungan umur 10 hingga 50 tahun. Selain
                                              itu,  pemilihan  lagu-lagu  yang  dimainkan  adalah  daripada  filem-filem  klasik,
                                              evergreen,  irama  Melayu,  kontemporari,  lagu-lagu  rakyat,  serta  internasional
                                              dari era tahun 1950-an sehingga kini. Ba Wang hitFm setakat ini hanya bersiaran
                                              di seluruh negeri Sabah sahaja iaitu melalui frekuensi 99.9FM (Kota Kinabalu).
                                              Walau bagaimanapun, Ba Wang hitFm masih boleh didengari secara streaming
                                              di  www.bawanghitfm.com.my  dan  secara  LIVE  di  YouTube  dan  Facebook
                                              BaWanghitFm. Sejak dilancarkan, Ba Wang hitFm menggunakan tegline ‘Sentiasa
                                              Sensasi’ yang berkonsepkan malar segar dengan pelbagai informasi terkini.

                                              F O R M A T   S T E S E N   R A D I O

                                              Ba Wang hitFm menggunakan format pendekatan meneroka lebih banyak idea
                                              daripada pelbagai perspektif yang kreatif untuk mengupas sesuatu isu semasa,
                                              sosial  dan  komuniti  yang  pastinya  bakal  memberi  impak  positif  kepada
                                              pendengar. Selain itu, pendengar juga boleh berinteraksi bersama DJ dan para
                                              jemputan  yang  pakar  dalam  menjelaskan  sebarang  persoalan  daripada
                                              pendengar. Pendekatan ini bersesuaian dengan situasi semasa sekarang yang
                                              banyak dibahaskan dalam media sosial berkaitan dengan pandemik kesihatan.
                                              Selain hiburan, Ba Wang hitFm juga memasukkan format siaran berita dalam
                                              programnya. Konsep Ba Wang hitFm sama seperti kebanyakan radio swasta yang
                                              tidak  terlalu  formal  tetapi  masih  berlandaskan  integriti  dan  tertib  sebagai
                                              penyampai radio. Ianya lebih santai kerana pendengar akan merasa lebih dekat
                                              dan mesra dengan penyampai DJ radio.

                                              P E N J A D U A L A N   S I A R A N

                                               Segmen          Masa             Info Segmen
                                               06:00 – 10:00   Inspirasiku      Mengetengahkan isu-isu semasa,
                                                                                nasional, sosial dan komuniti
                                               10:00 – 02:00   Rasa Tradisi     Pengisian gaya hidup dan landskap
                                                                                warisan tradisi
                                               02:00 – 05:00   Bicara Otai      Menyajikan isu viral dan motivasi
                                                                                daripada pakar
                                               05:00 – 09:00   Ba Wang Jem      Refleksi pelbagai informasi terkini dan
                                                                                hiburan
                                               09:00 – 00:00   Santai Skuad Ba   Merehatkan minda dengan tazkirah
                                                               Wang             keagamaan
                                               00:00 – 06:00   Masihkah Kau     Seleksi lagu-lagu terbaik era 60an hingga
                                                               Ingat            terkini akan dimainkan




                                                                                                   BAWANGHITFM| 3
   1   2   3   4   5   6   7   8