Page 4 - Silang Budaya Pupuk Perpaduan Yap Fang Ya
P. 4
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu,
Cina dan India manakala Malaysia Timur sendiri terdiri daripada beratus-ratus etnik peribumi. Kepelbagaian kaum
dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza.
Perbezaan agama, budaya dan adat resam setiap kaum dan etnik dirai dan dihormati bagi mengekalkan keharmonian
dan keamanan negara. Adat budaya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat telah berkembang
melalui tradisi pewarisan daripada satu generasi ke generasi dan diamalkan sejak turun temurun ini telah
mempengaruhisebahagianbesargayahidupmasyarakatMalaysiadanmenjadiidentitisetiapkaum.
Jika setiap individu tanpa mengira peringkat umur, status, dan latar belakang kehidupan menjaga tingkah
laku, adab sopan, tutur bicara dan pemikiran dalam menghormati budaya dan adat resam setempat; maka keamanan
dan kesejahteraan hidup di antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai, produktiviti negara akan meningkat,
kemajuanakandigapai.
4