Page 22 - SADN1033 KUMP 10
P. 22

KERJAYA HOTELIER JATI
           Bahagian 8

                                                                    ANAK MALAYSIA













             Wanita muda bernama Rasyihah ini memilih kerjaya sebagai hotelier
             dalam  bidang  pentadbiran  dan  pemasaran,  Pengalaman  beliau
             selama empat tahun berkecimpung dalam bidang ini mendedahkan
             beliau  dengan  pelbagai  ragam  dan  keunikan  pelbagai  kaum  dalam
             Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Perak yang membesar di
             Kuala Lumpur. Beliau menghabiskan pendidikan Ijazah Sarjana beliau
             dari  Universiti  Malaysia  Terengganu  dengan  kelulusan  Bachelor  of
             Science (Financial Mathematics) with Honours


                                     Siapa sangka wanita beperwatakan ayu ini sebenarnya memiliki
                                     hati dan semangat jati anak Malaysia,

                                     Penulis: Apa pengalaman manis atau pembelajaran yang saudari
                                     tidak boleh lupakan sehingga sekarang dalam bidang kerjaya
                                     saudari ini?

                                     Rasyihah: Antara pengalaman manis dan pembelajaran yang saya
                                     dapat ketika berkhidmat dalam bidang ini, di sini saya belajar
                                     tentang Leadership (kepimpinan), decision making ( cara-cara
                                     membuat sesuatu keputusan), independent (berdikari secara
                                     kendiri), saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan bertemu
                                     orang dalam kalangan pelbagai jawatan dan pangkat


                               Penulis: Kerjaya ketika pandemik, cabaran atau
                               dugaan?

                               Rasyihah:  Pada  saya  kerjaya  waktu  ini  memang
                               sesuatu  yang  amat  genting  dalam  kehidupan
                               seseorang  termasuklah  pada  diri  saya  sendiri,
                               kekuatan  dalam  diri  bukan  sesuatu  yang  mudah
                               untuk  saya  capai,  ada  satu  ketika,  pandemik  baru
                               sahaja  melanda  negara  kita  pada  tahun  2020,  saya
                               hampir depression, saya mula untuk  journaling untuk
                               mengelakkan  depresi,  membaca  al-quran,  banyak
                               membaca,  keluarga  banyak  membantu  dan  menjadi
                               motivasi kepada saya mencari kekuatan diri, bangkit
                               semula, disebalik musibah, ketika semua orang down,
                               itu  la  detik  untuk  kita  bangun  dan  jangan  berputus
                               asa.  Ketika  ini  la  kita  kenal  siapa  orang  disekeliling
                               kita, kita takkan pernah tahu siapa tolong kita ketika
                               susah, di sini la kita lihat siapa kawan kita.




     Halaman 17
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27