Page 12 - test2 aja
P. 12
Di Rimba Nusantara, ribut tiba dengan cepat. Angin menderu, mematahkan dahan
pohon, dan memaksa makhluk-makhluk rimba bersembunyi. Di dalam sarangnya,
Sang Meraung berdiri teguh dengan mata yang bersinar keemasan melihat suasana
ribut yang datang melanda kerajaan Rimba Nusantara. Kemudian, Sang Meraung
keluar dari sarang dan setiap langkahnya membuat tanah bergetar. Di hadapannya,
angin berputar seolah-olah memberi petunjuk ke arah tempat Shalmar berada. Peri-
peri melihat Sang Meraung dan mengingatkannya untuk berhati-hati kerana ribut
itu sepertinya serangan daripada sihir jahat.
7