Page 3 - PRINT VERSION BAHAGIAN KESIHATAN AWAM JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR_Neat
P. 3

Kata

                                           Aluan
















                                                    Assalamu’alaikum Warahmatullahi
                                                                  Wabarakatuh,
                                              Salam sejahtera dan Salam Muafakat Johor,







                          Perkhidmatan Kesihatan Awam telah diwujudkan sebelum kemerdekaan
                dengan  adanya  undang-undang  “Quarantine  and  Prevention  of  Disease
                Ordinance 1939”  bertujuan  untuk  mencegah  dan  melindungi  daripada  sebaran

                penyakit.  Sistem  penyampaian  perkhidmatan  kesihatan  awam  pada  asalnya
                dilaksanakan melalui dua program khusus iaitu Program Kawalan Penyakit dan
                Program  Kesihatan  Keluarga.  Kini  perkhidmatan  ini  telah  berkembang  dengan
                penambahan beberapa program sejajar dengan keperluan masyarakat.


                              Peranan  utama  Bahagian  Kesihatan  Awam,    Jabatan  Kesihatan  Negeri
                Johor adalah untuk memastikan kesihatan rakyat Negeri Johor terpelihara secara
                optima dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual.


                         Selaras dengan kemajuan teknologi siber, pelbagai inisiatif telah dijalankan
                bagi  memastikan  kebolehcapaian  atau  akses  kepada  perkhidmatan  kesihatan
                secara  lebih  mudah  dan  pantas,  seperti  temujanji  atas  talian  dan  saringan
                kesihatan secara maya.

                Sebagai  sebuah  institusi  kesihatan,  hasrat  kami  adalah  untuk  menyediakan
                perkhidmatan yang holistik dan maklumat kesihatan kepada orang awam, sesuai
                dengan moto Kementerian Kesihatan iaitu KAMI SEDIA MEMBANTU.


                Sekian, terima kasih.





                                    DR SHAHAROM NOR AZIAN BINTI CHE MAT DIN
                                      TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI
                                                  (KESIHATAN AWAM)
                                         JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
                                                   30 DISEMBER 2021





                                                                             BAHAGIAN KESIHATAN AWAM   ii
   1   2   3   4   5   6   7   8