Page 52 - PRINT VERSION BAHAGIAN KESIHATAN AWAM JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR_Neat
P. 52
PROJEK KLINIK KESIHATAN MODEL
BAGI TRANSMISI SEKSUAL DAN PENGURANGAN
KEMUDARATAN NEGERI JOHOR
Jabatan Kesihatan Negeri Johor sentiasa komited untuk
menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi mencapai
sasaran mengakhiri HIV/AIDS menjelang tahun 2030. Salah satu
pendekatan yang telah diambil adalah menjalinkan kerjasama
dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui Projek KK Model bagi
transmisi seksual dan pengurangan kemudaratan . Sehingga kini, 4
daerah telah melaksanakan Projek KK Model ini iaitu daerah Batu
Pahat, Segamat, Kluang dan Muar
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM 47