Page 7 - MOSCoP Edisi 2021
P. 7
Deraf Prakata
Puan Norlin binti Jaafar
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,
Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM)
telah berjaya dibuat semakan dan telah diterbitkan dengan penjenamaan
baharu iaitu Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia atau Malaysia Oil
Spill Contingency Plan (MOSCoP).
MOSCoP, adalah singkatan tunggal bagi dokumen ini dan akan digunakan
dalam dwi-bahasa. Ianya adalah bertujuan untuk memantapkan fungsi serta
sebagai panduan dan rujukan kepada semua agensi awam dan swasta yang
terlibat di dalam tindak balas kawalan dan pembersihan tumpahan minyak di
Perairan Wilayah Malaysia. Pelbagai aspek telah diambil kira semasa
pengemaskinian dilaksanakan termasuklah mengambil kira isu dan cabaran
yang dihadapi semasa melaksanakan tindak balas kawalan tumpahan minyak
di laut.
Sesungguhnya negara kita sangat bertuah dikurniakan dengan kepelbagaian
biodiversiti marin dan pesisir pantai serta keindahan alam semula jadi yang
perlu kita jaga bersama. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. Tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, sudah
tentu tindak balas kawalan tumpahan minyak di laut tidak dapat dilaksanakan
dengan efisyen, pantas dan teratur.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang
terlibat di dalam usaha pengemaskinian Rancangan Kontigensi Kebangsaan
Kawalan Tumpahan Minyak dan telah bersepakat penjenamaan kepada
Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia atau Malaysia Oil Spill
Contigency Plan (MOSCoP), Edisi 2021. Semoga dokumen MOSCoP ini
dapat memberi manfaat dengan sebaik-baiknya kepada semua pihak.
i