Page 12 - PowerPoint Presentation
P. 12
KEJIRANAN
JIRAN merupakan salah satu watak penting dalam lakaran kehidupan kita. Kedudukan jiran juga
diberikan perhatian penting dari sudut pandangan Islam.
Berbuat baik kepada jiran dan menjadi jiran yang baik mempunyai kaitan dengan kualiti iman
kita. Kesempurnaan iman seseorang bukan hanya bergantung kepada sejauh mana
hubungannya dengan ALLAH SWT, bahkan ia juga dilihat bagaimana hubungannya dengan
manusia yang lain termasuk jiran terdekat.
Agama Islam amat menitikberatkan perkara-perkara
berkaitan dengan kejiranan. Hal ini banyak
diingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad
SAW melalui hadith-hadithnya yang menyeru agar
berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama,
bangsa dan warna kulit.
Secara jelas menunjukkan peripentingnya
keharmonian dalam kejiranan sehingga
meletakkannya sebagai salah satu daripada
perkara-perkara yang perlu kita berbuat baik
kepadanya
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka
bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam Islam, jiran itu terbahagai kepada dua kategori iaitu jiran yang dekat dan jiran yang jauh.
Suatu hari, datang seseorang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana
aku ingin berbuat baik kepada jiran sedangkan aku tidak mengetahui siapa jiranku?”. Jawab
baginda, “Jiran kamu adalah 40 buah rumah di sekeliling kamu (tidak kira di kanan, kiri, depan
mahupun belakang)”. Malah Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki menyatakan bahawa jiran itu
adalah satu qariah.
Terdapat banyak hikmah yang kita akan dapat sekiranya kita hidup berjiran antaranya ialah
kehidupan kita akan dipenuhi kedamaian dan keharmonian bertambah erat. Selain itu,
kehidupan bermasyarakat akan diberkati oleh Allah SWT. Kehidupan kita juga akan lebih
berkualiti. Seterusnya dengan hidup berjiran akan sentiasa rasa selesa dan mendapat
pembelaan. Justeru itu, kemungkaran yang banyak berlaku pada zaman sekarang dapat dibasmi
dengan mudah dengan adanya semangat kejiranan yang jitu. Selain itu, seandainya kita dalam
kesusahan jiran yang akan meringankan beban kita. Akhir sekali, dapat menghakis sifat
individualistik dalam diri.
9