Page 6 - PowerPoint Presentation
P. 6
TAHUKAH ANDA ?!
CARA MENGHINDARI DIRI DARI MENSYIRIKKAN ALLAH
Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memberi pendidikan islam secara meluas
kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Iaitu dengan mendirikan
kelas-kelas pengajian atau tidak fomal melalui aktiviti atau program yang membincangkan
isu dan permasalahan masyarakat.
Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar memainkan peranan secara menyeluruh dalam
usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh
membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksankan oleh pihak berkuasa adalah
dengan menghapuskan tempat menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
Para pendakwah penceramah dan orang-orang
yang berilmu perlu memberi penjelasan dan
penerangan yang lebih efektif kepada umat
islam tentang keburukan amlan khurafta dalam
kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini,
masyarakat boleh memahami dengan lebih
mendalam bahawa amalan khurafat ini boleh
membatalkan iman seseorang.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia hendaklah mengawasi penerbitan
filem-filem yang berunsur khurafat. Unsur
khurafat ini boleh memberi pengaruh negatif
kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu
menguatkuasakan undang-undang Akta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi
Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut
memberi impak yang positif terhadap industri
perfileman dan juga kepada penonton.
3