Page 60 - SISTEM PNEUMATIK
P. 60
Litar yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan 4.12 digunakan untuk menutup dan membuka
pintu seperti rajah 4.13 di bawah;
Rajah 4.13 : Pintu
Apabila salah satu daripada suis tekan PB 1 atau PB 2 ditekan maka arus akan mengaktifkan
injap selenoid (Y1) dan menyebabkan pintu terbuka. Jika suis PB 3 atau PB 4 pula ditekan
maka pintu akan tertutup kembali.
4.2.2.2 Kaedah Tidak Langsung
Selain daripada kaedah langsung, kaedah tidak langsung juga boleh digunakan untuk
membuka pintu seperti rajah 4.13. Litar Fizikal dan ladder diagram kaedah tidak langsung
ditunjukkan oleh rajah 4.14 dan rajah 4.15 di bawah;
Berdasarkan rajah 4.14 dan 4.15 di bawah, apabila salah satu suis tekan PB 1 dan PB 3
ditekan, arus akan mengalir dan mengaktifkan relay 1 (R1), seterusnya selenoid 1 (Y1) akan
diaktifkan dan pintu akan terbuka. Apabila suis tekan PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus akan
mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2), seterusnya selenoid 2 (Y2) akan diaktifkan dan
pintu akan tertutup.
51