Page 9 - LANGKAH INTERIM
P. 9
14 May
Mofe
Merujuk sidang media yang telah diadakan pada hari Khamis, 7 Mei 2020,
2 video telah dilancarkan bagi menunjukkan fungsi aplikasi BruHealth
dan bagaimana vendors dan pengguna dapat memuat-turun aplikasi LANGKAH-LANGKAH
Bruhealth ini. KERAJAAN MENANGANI
IMPAK COVID-19
2. Pada hari ini, Alhamdulillah, sebagaimana yang diumumkan oleh YB
Menteri Kesihatan, dengan penyediaan aplikasi BruHealth ini, berikut
adalah beberapa perniagaan yang akan dapat dibuka semula bermula
hari Sabtu, 22 Ramadhan 1441H bersamaan 16 Mei 2020:
Sekolah Memandu
Gyms and fitness centres
Fasiliti sukan (indoor and outdoor) BruHealth
Padang Golf
Restoran, Kafe dan food courts
Gerai dan Pasar
3. Pemilik perniagaan hanya perlu melayari healthinfo.gov.bn/register
untuk memulakan permohonan bagi pembukaan premis perniagaan. ● Pengguna, perlulah mengimbas Kod QR premis perniagaan melalui aplikasi BruHealth
sebelum memasuki premis perniagaan.
Di penghujung permohonan ini, pemilik perniagaan akan diberikan Kod
QR BruHealth yang khusus bagi premis perniagaan mereka, yang mana
perlu diimbas oleh pengguna sebelum masuk dan semasa meninggalkan ● Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih terperinci mengenai cara mendownload
aplikasi BruHealth.
premis.
5. Kod QR BruHealth adalah pengenalan digital bagi premis perniagaan
yang membolehkan pemilik-pemilik perniagaan memastikan pengguna-
pengguna applikasi BruHealth yang mengunjungi adalah mengikut
jumlah had kuota kemasukan orang ramai yang dibenarkan oleh
Kementerian Kesihatan iaitu 30 peratus daripada jumlah kapasiti
kelazimannya bagi perniagaan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya
restoran tersebut biasanya membukakan untuk 30 orang, hanya 30
peratus daripada jumlah 30 orang iaitu maksima 9 orang akan hanya
dibenarkan untuk berada di dalam restoran berkenaan.
6. Manakala bagi pengguna, perlulah mengimbas Kod QR premis
perniagaan melalui aplikasi BruHealth sebelum memasuki premis
perniagaan. Pengguna akan dimaklumkan menerusi Kod Acara ataupun
event codes sama ada pengguna dibenarkan atau tidak untuk memasuki
premis tersebut. Sebagaimana yang pernah saya terangkan sebelum ini
ada 5 kod acara - Kod Acara berwarna Hijau atau Kuning bermaksud
pengguna dibenarkan masuk ke dalam premis perniagaan. Manakala
pengguna tidak dibenarkan masuk jika kod pengguna adalah Merah, Biru
atau Unggu.
7. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih terperinci mengenai cara
mendownload aplikasi BruHealth ini dan bagaimana pendaftaran dibuat,
3 buah video akan dipaparkan. Video pertama akan menunjukkan tutorial
bagi pengguna. Manakala Video kedua dan ketiga adalah video-video
yang telah dikongsikan pada minggu lepas iaitu video untuk peniaga-
peniaga dan pengguna-pengguna.
8. InshaAllah dengan penggunaan BruHealth ini, sama-sama kita akan
dapat memainkan peranan dalam membendung penularan wabak
COVID-19.