Page 59 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 59
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Kesimpulan Umum
Gejala autistik boleh berbeza mengikut individu. Gejala/simptom
Autisma pada kanak-kanak biasanya dilihat dalam dua tahun
pertama kehidupan.
Kanak-kanak dengan Autisma perlu berjuang memperbaiki diri
mereka dengan mengawal simptom/ gejala yang menjadikan hidup
lebih mencabar dan tidak mudah, tetapi mereka juga mempunyai
kekuatan, kelebihan dan kebolehan yang luar biasa dalam masa yang
sama.
Terdapat banyak penawar semula jadi yang boleh membantu pesakit
dengan Gangguan Spektrum Autisma (ASD). Sebelum membuat
keputusan mengenai rawatan anak anda, saya sangat mengesyorkan
belajar dan mengkaji sebanyak mungkin informasi tentang Autisma
dan mengenai pelbagai pilihan rawatan yang ada.
Mendapatkan ujian alergi atau alahan makanan dan mengelakkan
makanan bermasalah seperti gluten dan susu lembu boleh
membantu. Diet yang difokuskan pada makanan yang padat nutrien
yang tidak diproses, adalah sangat penting ketika menjalani rawatan
semula jadi Autisma.
Perubatan Ayurveda, Perubatan Tradisional Cina dan Homeopati
dapat menawarkan perspektif yang unik dan bermanfaat kepada
masalah Autisma dan ini boleh juga menjadi pilihan rawatan semula
jadi untuk Autisma.
Begitu ramai ibu bapa dengan anak yang ada masalah Autisma
mendapati anak-anak mereka bertambah baik dan peningkatan
perubahan yang ketara selepas mengamalkan kaedah rawatan secara
semulajadi. Oleh itu janganlah berputus asa jika anak anda
mempunyai masalah Autisma kerana pilihan rawatan yang ada
masih banyak dan pelbagai untuk di cuba dan di amalkan, insyaallah.
59 | P a g e