Page 12 - RISE 2023-2025
P. 12

KEPERLUAN ‘R.I.S.E.’









                                     MAQIS cakna akan keperluan untuk menangani masalah rasuah,
                                     salah guna kuasa, penyelewengan dan salahlaku integriti yang berlaku
                          01         di dalam Jabatan. Ianya perlu ditangani dengan segera melalui sistem
                                     pentadbiran berintegriti tinggi demi kestabilan organisasi dalam masa
                                     yang sama untuk mengelakkan imej organisasi terjejas jika perkara yang
                                     melibatkan rasuah, integriti dan tadbir urus tidak diuruskan dengan baik
                                     dan tidak dipandang serius.




                                     Kelekaan dan kecuaian untuk menangani masalah rasuah dan integriti
                          02         di dalam  Jabatan  bukan  sahaja  boleh  menjejaskan imej  organisasi

                                     malah  boleh  menyebabkan  hasil  dan  kedaulatan  negara  tergadai  ke
                                     tangan pihak yang tidak sewajarnya.





                                     Mengambil kira semua perkara tersebut, Pengurusan Tertinggi Jabatan
                                     Perkhidmatan  Kuarantin  dan  Pemeriksaan  Malaysia (MAQIS)  telah
                          03         menetapkan perancangan yang jauh lebih fokus dan berstruktur untuk
                                     memastikan visi ‘Ke Arah Membentuk Organisasi Yang Cemerlang,
                                     Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah’ dapat direalisasikan seiring
                                     dengan aspirasi Negara supaya “Malaysia dikenali kerana integriti
                                     bukannya rasuah”.






                                     Bagi merealisasikan matlamat tersebut, MAQIS telah menetapkan lima
                          04         (5) strategi utama bagi menangani risiko rasuah dan salah laku integriti
                                     di dalam Jabatan khususnya dalam sektor berisiko tinggi seperti sektor
                                     Pentadbiran,  Pemeriksaan,  Kuarantin,  Permit  dan  Perakuan  serta
                                     Penguatkuasaan.





                                     Strategi yang ditetapkan ini didukung oleh tiga langkah penting melalui
                          05         pengukuhan integriti warga, memperkemas tadbir urus sedia ada dan

                                     pemerkasaan usaha pencegahan rasuah di MAQIS sejajar dengan
                                     kehendak NACP.







                                                                                                                         11
                                                                                                          Laporan Tahunan 2022
                                                                                                      Pelan Antirasuah 2023-2025  11
                                                                                                                    ysia
                                                                                                          emeriksaaan Mala
                                                                                      Jabatan P
                                                                                      Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia
                                                                                                   uarantin dan P
                                                                                           erkhidmatan K
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17