Page 7 - EFOLIO KUMPULAN 1
P. 7

PANDANGAN

           AGAMA TERHADAP




                                PENGARUH




                        BUDAYA LUAR







     Agama Kristian                                                 Agama Hindu
        Menurut agama kristian pengaruh budaya luar
     merupakan  suatu  yang  dapat  merosakkan  akal                          Pengaruh  budaya  luar  dari  pandangan
     manusia.  Cara  hidup  bebas  manusia  yang                    agama  Hindu,  menilai  pengaruhnya  banyak
     inginkan     keseronokan      perlu    mengikuti               memberi  kesan  kepada  kehidupan  remaja.
     kehendak  tuhan  dan  tidak  menyimpang  hingga                Mereka  terlalu  mengikut  dan  terikat  budaya
     mengikut  kehendak  syaitan.  Sebagaimana  yang                yang datang dari Barat hingga pegangan agama
     disebutkan  Martin  Luther  manusia  memiliki                  mereka semakin longgar dan berkurang. Dalam
     kehendak  bebas  dalam  memilih  tindakannya.                  agama  Hindu  banyak  menceritakan  nilai-nilai
     Kehendak  manusia  merupakan  binatang  di                     murni    yang  diajarkan  di  kuil-kuil.  Sami-sami
     antara  dua  kubu.  Jika  tuhan  singgah  di  situ,  dia       hindu  akan  membacakan  cerita  tersebut  dari
     berhasrat  melakukan  kehendak  tuhan.  Tetapi                 kisah  dewa-dewa.  Malangnya  mereka  yang
     jika   syaitan   yang   singgah,   dia   berhasrat             mendengar dari kalangan yang sudah berumur.
     melakukan  tindakan  syaitan.  Jadi  manusia  tidak            Jikapun ada pemuda-pemuda dan remaja yang
     memiliki  kehendak  bebas  kerana  dia  adalah                 datang  mereka  hanya  suka  berseronokan,
     hamba dan dan pelayan yang baik bagi kehendak                  berborak,    bercerita   sesama    mereka    dan
     tuhan  mahupun  kehendak  syaitan.101  Agama                   menganggu  orang  lain.  Kesan  dari  hedonisme
     kristian  melarang  ikutan  hedonisme  kerana  ia              ini dikalangan remaja ramai yang sembahyang
     melihat   segala   perbuatan    yang    dilakukan              dikuil. Budaya hedonisme ini juga ditolak oleh
     berlebihan  dan  melampau  hingga  mengganggu                  agama     Hindu     kerana     ia   menjauhkan
     ketenteraman  orang  lain  sepertimana  jika                   penganutpenganut agama Hindu dari nilai-nilai
     seorang  itu  minum  arak,  maka  ia  dibolehkan               murni.
     minum tetapi jangan diambil dengan kadar yang
     banyak hingga memabukkan.



                    Agama Buddha

                            Bagi ajaran agama Buddha, setiap penganutnya hendaklah menghormati
                    keturunan  nenek  moyang  mereka.  Apabila  mereka  mereka  melakukan
                    kesalahan  mereka  hendaklah  menyembah  nenek  moyang  mereka  sebagai
                    tanda  memohon  maaf  atas  kesalahan  yang  dilakukan.  Setiap  orang  yang
                    beragama  Buddha  juga  menganggap  budaya  hedonisme  itu  bertentangan
                    dengan  ajaran  mereka.  Ia  dianggap  sebagai  tidak  menghormati  roh  nenek
                    moyang kerana terkeluar dari adat resam dalam agama tersebut.







                                                              04
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12