Page 28 - Buku Panduan pelajar
P. 28
2.4 PENGURUSAN PELAJAR
2.4.1 Memperkenalkan sistem pengurusan hal - hal pelajar yang menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum
mengikut peraturan Politeknik.
2.4.2 Memupuk dan menekan pencapaian maklumat hal-hal pelajar ke arah “Menghasilkan
Pemimpin Cemerlang.”
2.4.3 Menggalakkan dimensi perkembangan pelajar yang mencukupi perkembangan
keimanan, kendiri dan kemasyarakatan. Perkembangan ini boleh diterapkan melalui
kegiatan kokurikulum sama ada melalui persatuan, kelab atau sukan dan badan-
badan pelajar.
2.5 KEROHANIAN DAN KEHARMONIAN
2.5.1 Menggalakan penghayatan nilai-nilai Islam sebagai asas kehidupan tanpa prasangka
kepada lain-lain kepercayaan agama dan amalan.
2.5.2 Mendedahkan pelajar kepada kehidupan bermasyarakat berasaskan kepada
kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar yang berbeza latar belakang ke arah
mewujudkan bakal pemimpin yang peka kepada keperluan masyarakat yang bersatu
padu.
2.6 KREATIF DAN KESUKANAN
2.6.1 Menggalakkan pelajar baharu menghormati serta mengikut kebudayaan nasional.
2.6.2 Menanamkan semangat kesempurnaan emosi, jasmani dan rohani bagi
perkembangan intelek.
28