Page 38 - Buku Panduan pelajar
P. 38

4     MENGHADIRI KELAS / BENGKEL / MAKMAL



           4.1  Pelajar dikehendaki menghadiri semua KELAS / BENGKEL / MAKMAL serta keperluan
                 lain untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut Program Pengajian dan

                 kehadiran WAJIB dipatuhi seperti syarat berikut :
                a)  Jumlah kehadiran tidak kurang 80% bagi satu semester.

                b)  Berada dalam KELAS / BENGKEL / MAKMAL mengikut jadual yang ditetapkan dan

                    awal 10 minit sebelum PdP bermula.
                c)  Sekiranya tidak sihat, sila kemukakan sijil sakit daripada klinik atau hospital kerajaan.

                    Sijil sakit daripada klinik atau hospital swasta tidak digalakkan.
                d)  Jika  pelajar  mempunyai  sebarang  urusan  penting  dan  tidak  dapat  dielakkan,  sila

                    dapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk tidak hadir.
                e)  Sila  beri  surat  tunjuk  sebab  untuk  mendapat  kelulusan  ketidakhadiran  daripada

                    Pengarah PKT sekiranya perkara c) di atas tidak dapat diperoleh terlebih dahulu.




           5     KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN



           5.1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus PKT
           5.2. Segala  kemudahan  yang  disediakan  oleh  PKT  hendaklah  digunakan  dengan penuh

               tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan
               air dan bahan-bahan yang digunakan.

           5.3. Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di PKT

               supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara.
           5.4. Pelajar bertanggungjawab untuk memastikan semua suis lampu / kipas / alat penghawa

               dingin  /  komputer  /  peralatan  lain  ditutup  sebelum  meninggalkan  kelas  /  bengkel  /
               makmal.




           6     ASET DAN PERALATAN




             6.1. Perbuatan merosakkan aset dan peralatan PKT seperti perabot, peralatan dalam kelas

                 /  makmal  / bengkel,  kenderaan  rasmi  PKT atau  menconteng  dinding /  notis  rasmi  /
                 pekeliling  rasmi  serta  merosakkan  tanaman  perhiasan  /  lanskap  di  dalam  kampus

                 adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib dan tindakan tegas boleh dikenakan.




                                                          38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43