Page 10 - 4 kaedah
P. 10
Kaedah Keempat (Kaedah Dialog
dan Perbincangan)
Dialog atau perbualan adalah percakapan antara satu
orang dengan dua orang yang lain ataupun lebih. Dari segi
bahasa, dialog adalah cara manusia menggunakan kata
dalam komunikasi. Menurut istilah pula, dialog merupakan
cara komunikasi antara seseorang dengan yang lainnya.
Tujuan berdialog bukanlah untuk mencapai kesepakatan
mahupun urusan tawar-menawar, sebaliknya adalah untuk
membahas suatu topik secara jelas dan dapat difahami.
Pengisian dialog perlu mempunyai pembahasan mengenai
fakta, hujah, data dan pendapat yang dapat memberi
penjelasan secara terperinci kepada orang lain yang
mendengar.
Sesi pengajaran dan pembelajaran masa kini, penekanan
cara berdialog dan perbincangan antara pendidik dan anak
murid perlu diketengahkan. Hal ini kerana, tahap pemahaman
seseorang murid boleh dilihat dari cara mereka berdialog.
Oleh sebab itu, dalam sesi pembelajaran, pendidik perlu
merangsang keinginan murid-murid supaya berdialog. Tidak
kiralah untuk bertanya, atau sekadar ingin menyampaikan
pendapat.
8