Page 39 - ebook_UMP25
P. 39

 Objektif Strategik 2:
Inovasi dengan Kolaborasi Industri
Objektif inovasi dengan kolaborasi industri adalah untuk mengupayakan kebolehan teknikal UMP dan Industri. Ini dilaksanakan bukan hanya dengan memindahkan pengetahuan dan kebolehan teknikal yang terdapat di UMP kepada industri malah melibatkan pemindahan pengetahuan dan kebolehan teknikal dari industri kepada UMP. Semua ini akan membina ekonomi berasaskan ilmu (knowledge-based economy) yang mana ilmu pengetahuan digunakan untuk mencipta barangan dan perkhidmatan. Untuk jangka masa yang panjang akan melahirkan sebuah masyarakat berilmu (knowledge society) iaitu masyarakat yang menjana dan berkongsi ilmu pengetahuan bagi menambah baik kehidupan manusia. Dalam konteks Pelan Strategik UMP 2021-2025, penawaran latihan- latihan teknikal, pelaksanaan projek kerjasama menaik taraf kebolehan teknikal dan pembangunan produk yang menggunakan kepakaran teknikal UMP dan industri akan dilaksanakan. Ini dengan sendirinya akan meningkatkan kesalingan antara UMP dan industri.
Latihan Teknikal Bersama Industri
2B
Kerjasama Naik Taraf Keupayaan Teknikal Industri
2C
Pengkomersialan Produk dan Perkhidmatan Teknikal
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Mengupayakan kebolehan teknikal UMP-Industri
2A
   39






















































































   37   38   39   40   41