Page 40 - ebook_UMP25
P. 40
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 2A:
Latihan Teknikal Bersama
Industri
Teras pertama adalah menyediakan latihan kepada industri dengan menggunakan kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh UMP. Sebaliknya, kepakaran industri juga akan dikongsi dengan warga UMP. Petunjuk prestasi utama adalah:
1 Pekerja industri atau agensi yang mengikuti latihan teknikal oleh staf akademik UMP; dan
2 Staf akademik atau pelajar UMP yang mengikuti latihan teknikal kendalian industri.
PPU2A (1): Pekerja industri atau agensi yang mengikuti latihan teknikal oleh staf akademik UMP
UMP akan bekerjasama dengan industri atau agensi dan akan mengenal pasti kursus-kursus pendek yang diperlukan bagi meningkatkan kebolehan teknikal pekerja industri atau agensi. UMP juga akan menawarkan kursus-kursus tersebut dan peserta kursus akan mendapat sijil UMP.
Sasaran adalah bilangan pekerja industri mendapat sijil UMP
PPU2A (2): Staf atau pelajar UMP yang mengikuti latihan teknikal kendalian industri
UMP akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan mengenal pasti kepakaran teknikal terutamanya kepakaran khusus (specialised expertise) yang terdapat di industri. Seterusnya, UMP akan menganjurkan sesi perkongsian ilmu dengan staf atau pelajar UMP. Staf UMP juga akan disangkutkan di industri bagi mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang spesifik dan mendalam.
Sasaran adalah bilangan staf atau pelajar UMP mempelajari kepakaran khusus dari industri
40