Page 51 - ebook_UMP25
P. 51

 Objektif Strategik 4: Kelestarian Kewangan
Kelestarian kewangan merujuk kepada keadaan kewangan UMP yang mampu berdikari daripada geran operasi kerajaan Malaysia. Untuk jangka masa yang panjang, rizab UMP seharusnya mampu membiayai keseluruhan operasi UMP tanpa memerlukan suntikan kewangan daripada kerajaan. Ini membolehkan UMP bergerak secara autonomi dan mencapai salah satu keperluan sebuah Universiti Teknologi Terunggul. Untuk mencapai kecekapan dan kelestarian kewangan, Pelan Strategik UMP 2021-2025 menggariskan dua (2) strategi teras iaitu pengukuhan sumber kewangan dan kecekapan operasi yang munasabah.
Menuju Kelestarian Kewangan
4A
Pengukuhan Sumber Kewangan
4B
Kecekapan Operasi yang Munasabah
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
  51

























































































   49   50   51   52   53