Page 53 - ebook_UMP25
P. 53

 PPU4A(2): Bajet operasi berasaskan pendekatan keusahawanan sosial
Secara umumnya, pendekatan keusahawanan sosial merujuk kepada pendekatan operasi sosial secara kendiri (self- financing social operations). Ini bermakna, hasil pendapatan dari operasi sosial adalah memadai dan boleh dikitar semula untuk meneruskan kerja sosial akan datang serta tidak memerlukan suntikan dana luaran bagi meneruskan operasi.
Dalam konteks Pelan Strategik UMP 2021-2025, pendekatan pengurusan kewangan akan dipindahkan secara berhemah kepada pendekatan pengurusan keusahawanan sosial. Ini bermakna, setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berpeluang untuk menjana hasil akan diamanahkan untuk mengurus operasi kewangan secara kendiri dengan mengambil kira hasil yang dijana dapat dikitar semula untuk menampung operasi seterusnya sehingga jumlah hasilan terkumpul membolehkan PTJ tersebut dapat melaksanakan operasi tanpa suntikan dana daripada bajet tahunan UMP. Walau bagaimanapun, kos operasi keusahawanan sosial ini tidak termasuk kos emolumen staf di PTJ kerana kos emolumen staf adalah masih di bawah pembiayaan UMP.
Sebagai contoh, kebanyakan PTJ akademik menganjurkan persidangan akademik secara tahunan atau dwitahunan. UMP akan mengeluarkan modal pendahuluan bagi kos penganjuran persidangan yang pertama. Seterusnya, PTJ tersebut akan menganjurkan persidangan dan akan mengumpulkan yuran peserta ke dalam Tabung Amanah Persidangan. Ini bermakna, PTJ berkenaan sudah mempunyai sumber kewangan kendiri untuk menganjurkan persidangan seterusnya (kerja sosial) tanpa suntikan dana tambahan daripada UMP. Ini akan memastikan kelestarian persidangan (kerja sosial) yang tentunya akan memanfaatkan masyarakat. Usaha-usaha lain juga boleh dilakukan menggunakan pendekatan keusahawanan sosial ini seperti tabung pembiayaan pascasiswazah, pengurusan konvokesyen tahunan dan sebagainya.
Jika kebanyakan operasi UMP boleh melaksanakan pendekatan keusahawanan sosial ini, operasi UMP boleh mencapai pembiayaan kendiri melainkan kos operasi penggajian.
Sasaran adalah peratusan pembiayaan kendiri
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
53


























































































   51   52   53   54   55