Page 54 - ebook_UMP25
P. 54
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 4B:
Kecekapan Operasi Yang
Munasabah
Dalam konteks ini, kecekapan operasi dilihat dari sudut kemampuan untuk mengurangkan kos operasi bagi setiap pelajar tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan yang munasabah. Ini boleh dicapai dengan mengamalkan proses kerja yang inovatif dan cekap. Terdapat dua petunjuk prestasi utama untuk mengukur kecekapan operasi iaitu pengurangan kos bagi setiap pelajar dan memaksimumkan pulangan atas kapasiti UMP.
1 Pengurangan kos setiap pelajar; dan
2 Peningkatan pulangan atas kapasiti.
PPU4B(1): Pengurangan kos setiap pelajar
Pengurangan kos setiap pelajar merujuk kepada penurunan kos tahunan yang munasabah berbanding dengan bilangan keseluruhan pelajar di UMP. Ini akan dilakukan dengan melihat semula aliran-nilai (value-stream) terhadap proses kerja yang ada di UMP. Proses kerja yang bertindih dan tidak perlu akan dihapuskan atau diganti dengan proses kerja yang inovatif dan yang menggunakan teknologi moden. Selain itu, semakan semula terhadap setiap transaksi perolehan dan perbelanjaan akan sentiasa dilakukan bagi mencari alternatif yang lebih cekap.
Sasaran adalah peratusan pengurangan kos setiap pelajar
54