Page 55 - ebook_UMP25
P. 55

 PPU4B(2): Peningkatan pulangan atas kapasiti
Peningkatan pulangan atas kapasiti merujuk kepada pulangan dalam bentuk kewangan daripada kepakaran staf dan harta modal UMP. Pulangan atas kapasiti ini juga boleh berbentuk bukan kewangan iaitu melalui peningkatan produktiviti staf.
Pulangan dalam bentuk kewangan merupakan hasil daripada sumbangan kepakaran daripada staf akademik, pentadbiran, sokongan dan teknikal melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan aktiviti konsultasi serta perkhidmatan teknikal. Selain itu, pengukuran pulangan berbentuk kewangan ini juga diukur melalui pulangan daripada harta modal yang disewa kepada pihak luar.
Sasaran adalah peratusan pulangan kewangan atas kapasiti fizikal
Sasaran adalah peratusan kos operasi akademik yang ditanggung oleh universiti berasaskan pulangan kapasiti akademik
Bagi peningkatan pulangan atas kapasiti yang bukan bersifat kewangan, ia merujuk kepada peningkatan kecepatan staf dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Perkara ini boleh dicapai melalui pengurusan dan pembangunan bakat staf. Selain itu, pengukuran bukan bersifat kewangan ini juga dilakukan melalui peningkatan produktiviti dalam penghasilan kerja yang boleh ditingkatkan melalui penggunaan sistem teknologi maklumat terkini dan juga penambahbaikkan proses kerja yang lebih efisien.
Sasaran adalah jumlah proses kerja utama UMP yang diringkaskan melalui penambahbaikan proses kerja
55
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025

























































































   53   54   55   56   57