Page 58 - ebook_UMP25
P. 58

 UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 5A:
Kecemerlangan Sistem
Pengurusan Universiti
Kecemerlangan sistem pengurusan universiti merujuk kepada satu mekanisme tadbir urus yang seragam dan berstruktur yang bertujuan menjadi kawalan serta pemantauan pentadbiran untuk keseluruhan fungsi utama universiti.
Pengurusan universiti adalah berlandaskan kepada perlembagaan, statut dan undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, pekeliling serta dasar kerajaan yang diguna pakai di UMP. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) bagi Lonjakan 6 iaitu pemantapan tadbir urus, persekitaran kerja yang dinamik dan semakan semula serta pembaharuan sistem pengurusan adalah diperlukan.
1 Penyiapan sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan, dan perpustakaan; dan
2 Keberkesanan sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan, dan perpustakaan.
 58

























































































   56   57   58   59   60