Page 59 - ebook_UMP25
P. 59
PPU5A(1): Penyiapan sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan dan perpustakaan
Penyiapan sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan dan perpustakaan merujuk kepada pengemaskinian tadbir urus, semakan fungsi jabatan dan jawatankuasa di UMP dan penambahbaikan piagam pelanggan, prosedur dan proses kerja setiap jabatan. Pengemaskinian ini perlu selari dengan akta, statut, pekeliling dan peraturan yang diterima pakai oleh UMP. Selain itu, penyiapan sistem pengurusan ini juga perlu mengambil kira elemen pemodenan dengan penggunaan teknologi terkini dan pengurusan kejat (lean management). Penyiapan sistem pengurusan ini juga perlu menerapkan elemen pengurusan risiko yang berkemungkinan akan dihadapi.
Sasaran adalah peratusan sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan, dan perpustakaan
PPU5A(2): Keberkesanan sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan dan perpustakaan
Sistem pengurusan akademik, penyelidikan, pelajar, pentadbiran, kewangan dan perpustakaan yang telah siap dibangunkan akan diukur keberkesanannya melalui penilaian kepuasan pelanggan. Maklum balas yang diterima akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan berterusan terhadap sistem pengurusan universiti ini.
Sasaran adalah peratusan kepuasan pelanggan terhadap sistem pengurusan universiti
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
59