Page 61 - ebook_UMP25
P. 61
PPU5B(1): Prevalens faktor risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan staf UMP
Prevalens faktor risiko penyakit tidak berjangkit adalah nisbah jumlah staf yang mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit (Obesiti Tahap I & Tahap II dan Abnormal Lipid Profile) kepada jumlah populasi staf pada satu waktu tertentu. Penyakit tidak berjangkit atau lebih dikenali dengan Non-Communicable Disease (NCD) ialah kumpulan penyakit yang boleh menyerang individu melalui pelbagai faktor risiko dan tidak boleh tersebar daripada seorang individu kepada individu yang lain. Contoh penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit mental, diabetes dan penyakit sendi, tulang dan otot Musculoskeletal Disorders (MSD).
Penyakit tidak berjangkit berkongsi faktor risiko yang sama. Antara faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit adalah amalan gaya hidup yang tidak sihat, merokok, obesiti, gula dan kolesterol dalam darah yang tidak normal dan hipertensi.
Sasaran adalah peratusan penurunan prevalens faktor risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan warga kerja UMP
PPU5B(2): Kes jenayah dan kemalangan jalan raya dalam kalangan staf dan pelajar
Kes jenayah merujuk kepada kes keselamatan di dalam kawasan kampus yang dilaporkan ke Bahagian Keselamatan yang melibatkan staf dan pelajar Universiti Malaysia Pahang.
Kes jenayah dan kes kemalangan jalan raya yang lebih rendah menunjukkan tahap keselamatan kampus berada di tahap yang lebih baik. Ia mempengaruhi rasa selamat dan kesejahteraan warga kampus. Kaedah pengukuran adalah berdasarkan data kes jenayah dan kes kemalangan jalan raya yang berlaku berbanding jumlah warga kampus pada tahun semasa.
Sasaran adalah peratusan maksimum kes jenayah dan kes kemalangan jalan raya
61
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025