Page 62 - ebook_UMP25
P. 62

UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
PPU5B(3): Kemalangan pekerjaan
Kemalangan pekerjaan merujuk kepada kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan di dalam kampus UMP yang mengakibatkan kecederaan atau kematian ke atas staf, pelajar, kontraktor atau pelawat. Kemalangan pekerjaan sifar atau rendah menunjukkan pengurusan UMP telah mengambil langkah-langkah yang wajar dan setakat yang praktik bagi melindungi semua orang yang berada di dalam kampus UMP terhadap risiko keselamatan atau kesihatan pekerjaan.
Pengukuran yang digunakan adalah Kadar Kemalangan Pekerjaan iaitu:
Jumlah kemalangan pekerjaan berlaku di dalam kampus UMP bagi tahun semasa dibandingkan dengan jumlah staf dan pelajar pada tahun semasa dan didarabkan dengan 10,000.
Sasaran adalah kadar maksimum kemalangan pekerjaan sehingga di bawah 5 setiap 10,000 orang
PPU5B(4): Ekosistem OkUMP yang inklusif dan kondusif
Pematuhan kepada Audit Sistem My-U OKU KPT merujuk kepada komitmen dan kadar pelaksanaan empat (4) domain audit iaitu tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran dan kerjaya, perkhidmatan sokongan dan aksesibiliti serta mobiliti warga Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membudayakan Dasar Ekosistem Mesra OKU UMP (DAMAI). Kadar pematuhan dan peratusan audit yang tinggi dan cemerlang menunjukkan komitmen pengurusan UMP dan seluruh warga kampus telah mengambil langkah-langkah bersepadu yang wajar bagi mengoptimumkan potensi dan bakat warga OKU melalui pakej integrasi program pemulihan, pengupayaan dan pemerkasaan yang sistematik. Ini bertujuan untuk menjana dan menggilap jenama warga OkUMP yang unggul, mampan dan profesional melalui sinergi teknologi untuk masyarakat.
Sasaran adalah peratusan skor audit Sistem My-U OKU
62
























































































   60   61   62   63   64