Page 64 - ebook_UMP25
P. 64

UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
PPU5C(2): Perancangan pembangunan dan pengurusan fasiliti kampus yang mesra sosial, ekonomi dan persekitaran
Perancangan pembangunan merujuk kepada pengurusan pembangunan dan naik taraf fasiliti yang dibiayai sumber pembiayaan luaran dan dalaman.
Manakala pengurusan fasiliti kampus pula merujuk kepada pengurusan penyelenggaraan daripada aspek pencegahan, pembaikan kerosakan dan pembaikan berjadual fasiliti bagi mengekalkan fungsi fasiliti tersebut. Ia juga melibatkan perkhidmatan logistik bagi keperluan lain-lain PTJ di UMP.
Aktiviti perancangan pembangunan dan pengurusan fasiliti kampus ini dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan sosial (sesuai untuk semua lapisan warga UMP), ekonomi (kos yang munasabah) dan persekitaran (kondusif untuk warga UMP dan mengurangkan jejak karbon). Ia perlulah mesra sosial iaitu sesuai bagi semua lapisan termasuk OKU, melibatkan kos yang munasabah mengambil kira kesesuaian persekitaran dalaman dan luaran.
Sasaran adalah peratusan kepuasan minimum terhadap pelaksanaan pembangunan dan perkhidmatan fasiliti
 64
 


























































































   62   63   64   65   66