Page 72 - ebook_UMP25
P. 72

 UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 6C :
Keusahawanan Graduan
Teras ketiga di bawah objektif strategik ini memfokuskan kepada melahirkan usahawan dalam kalangan graduan UMP. Bagi tujuan tersebut, satu (1) petunjuk prestasi utama ditetapkan bagi teras ini.
1. Syarikat pelajar yang mempunyai perniagaan berimpak.
PPU6C(1): Syarikat pelajar yang mempunyai perniagaan berimpak
Syarikat pelajar merujuk kepada perniagaan yang diusahakan oleh pelajar secara bersama atau individu dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perniagaan berimpak bermaksud perniagaan yang mempunyai keuntungan minimum yang ditetapkan. UMP komited menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan pada diri mereka dengan menyediakan ekosistem keusahawanan yang mantap. UMP kini perlu meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat menghasilkan syarikat-syarikat berimpak.
Sasaran adalah jumlah syarikat pelajar mencapai keuntungan minimum yang diunjurkan
 Graduan UMP berjaya dalam bidang perniagaan dan berkongsi pengalaman melalui penerbitan buku.

























































































   70   71   72   73   74