Page 70 - ebook_UMP25
P. 70

UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
PPU6B(1): Pelajar antarabangsa
Kehadiran pelajar antarabangsa menjadikan persekitaran pembelajaran di UMP bersifat global. Selain interaksi dalam kalangan pelajar tempatan, pelajar akan terdedah dan bergerak dengan budaya serta cara berfikir secara global. Pelajar antarabangsa juga akan meluaskan jaringan sosial kepada graduan dan tentunya akan mengukuhkan agenda untuk melahirkan graduan yang holistik. Pelajar antarabangsa adalah semua pelajar berdaftar yang bukan warganegara Malaysia untuk semua mod pengajian termasuk pengajian persediaan dan pelajar pascasiswazah termasuk pelajar mobiliti yang memegang pas pelajar untuk sekurang-kurangnya satu semester. Kaedah pengiraan adalah peratusan enrolmen pelajar antarabangsa tahun semasa berbanding dengan jumlah pelajar yang aktif tahun semasa.
Sasaran adalah peratusan pelajar antarabangsa
PPU6B(2): Pelajar mengikuti program mobiliti di luar negara
Program mobiliti antarabangsa merujuk kepada mobiliti pelajar UMP (berkredit dan tidak berkredit) ke universiti di luar negara. Dengan menyertai program mobiliti di luar negara ini, ia akan membantu pelajar untuk memperluaskan pengalaman dan pandangan mereka pada peringkat antarabangsa bagi memperlengkapkan potensi global mereka.
Pelajar boleh menyertai pelbagai program mobiliti seperti mengambil bahagian dalam program akademik yang ditawarkan di institusi pendidikan di negara lain sebagai sebahagian program ijazah di UMP, penyelidikan dan kerja lapangan, pertukaran pelajar, edu-tourism dan sebagainya.
Sasaran adalah peratusan pelajar mengikuti program mobiliti di luar negara
70

























































































   68   69   70   71   72