Page 69 - ebook_UMP25
P. 69

PPU6A(1): Program kerjasama khidmat komuniti antarabangsa
Petunjuk prestasi utama ini berfokus kepada peningkatan jalinan program kerjasama khidmat komuniti di peringkat antarabangsa. Melalui kerjasama ini, ia akan membantu memadankan pengetahuan, kepakaran, kemudahan dan sumber dalaman UMP dengan komuniti antarabangsa yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Sasaran adalah bilangan rakan kerjasama khidmat komuniti antarabangsa
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 Teras 6B:
Pengantarabangsaan
Graduan
Teras kedua bagi objektif strategik ini berfokus kepada pengantarabangsaan graduan. Teras ini merupakan aktiviti susulan dari jaringan industri dan masyarakat antarabangsa yang dibina melalui teras pertama. Aktiviti pengantarabangsaan graduan ini akan digerakkan melalui program mobiliti dan latihan industri pelajar UMP di syarikat atau agensi di luar negara. Ia seterusnya akan membantu graduan UMP untuk mendapat pekerjaan di luar negara.
Terdapat empat (4) petunjuk prestasi utama bagi mengukur pengantarabangsaan graduan.
1. Pelajar antarabangsa;
2. Pelajar mengikuti program mobiliti di luar negara; 3. Pelajar mengikuti latihan industri di luar negara; dan 4. Graduan bekerja di luar negara.
69
 





















































































   67   68   69   70   71