Page 68 - ebook_UMP25
P. 68
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 6A:
Jaringan Khidmat Komuniti
Antarabangsa
Teras pertama berfokus kepada memperkukuhkan jaringan di antara UMP dan masyarakat antarabangsa. Melalui jaringan tersebut, inisiatif untuk para pelajar mengikuti program mobiliti, latihan industri dan bekerja di luar negara akan lebih mudah dilaksanakan.
Terdapat satu (1) petunjuk prestasi utama untuk mengukur keberhasilan jaringan industri dan masyarakat antarabangsa. 1. Program kerjasama khidmat komuniti antarabangsa.
UMP merupakan Universiti Awam (UA) pertama di negara ini yang menawarkan program kejuruteraan berkembar peringkat ijazah dalam bidang automotif dan mekatronik dengan Hoshule KarsRUhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) dari Jerman sejak tahun 2010. Turut hadir bergambar bersama ialah Presiden Lembaga Penasihat HsKA, Profesor E. H. Wernwe Vogt. dan Pengarah Pusat Akademik dan Kerjaya Jerman (GACC) UMP, Brian Trenaman.
68