Page 4 - GAMBUS
P. 4

Setelah bertanya kepada seorang pakcik di warung kopi, dan seterusnya bertanya lagi kepada

               seorang pakcik keselamatan, dan selepas itu tersesat dan tersasar ke jalan yang pelik, kami
               akhirnya mengalah. Pak Mat kami hubungi untuk meminta bantuan. Tak sampai lima minit,

               kelihatan  Pak  Mat  menunggang  motosikalnya,  lalu  menghampiri  kami  dan  menunjukkan

               kami jalan ke rumah beliau.


               Dari raut wajahnya, aku menganggarkan usia beliau tidak kurang dari separuh abad. Melihat

               dia  menggenggam  gambus  buatan  tangannya,  dapat  aku  rasakan  perasaan  bangga  dengan

               hasil kerjaan tangan dan jari-jemari beliau. Ternyata, tanpa ragu dia mencurahkan sepenuh
               keringatnya demi meneruskan warisan budaya Melayu ini.



               Pak  Mat  Gambus,  nama  gelaran  diberi.  Beliau  merupakan  salah  seorang  dari  pembuat
               gambus yang amat terkenal, malah hasil buatan gambusnya turut menjadi perhatian di luar

               negara.  Permintaan  juga  tidak  pernah  merosot,  setiap  bulan  sentiasa  ada  tempahan,  tidak

               kiralah dari dalam atau luar negara.


               Aku meneliti dengan jelas hasil buatan tangan Pak Mat. Sungguh berseni. Ukiran di tengah,

               cukup halus. Pertama kali dalam hidupku memegang gambus, sesekali cuba memetik talinya.
               Tapi sumbang.



               “Ah.. aku ni. Main gitar pun tak pandai, apa lagi nak main gambus…,” bisik hati sendiri.
































                                                           3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9