Page 14 - E MAJALAH MISTIK
P. 14
JUNE 2019 RUMUSAN
RU M U S AN
Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan
akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru
tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi
Muhammad s. aw di mana telah lahir beberapa
orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas
Rasulullah SAW. dan menyebarkan ajaran-
ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti
Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah
Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.
Oleh yang demikian, ringkasan ini secara tidak
langsung dapat mendedahkan penyelewengan
yang sering di bawa oleh guru-guru ajaran sesat
seterusnya memberi panduan kepada masyarakat
untuk mempelajari ajaran Islam yang sebenar.
Seterusnya ,ajaran sesat ialah ajaran atau amalan
yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada
hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-
Sunnah. Suatu ancaman besar kepada agama dan
umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran
ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang
terus berjalan dari masa ke semasa.
MAJALAH MISTIK | 13